RANJAU-RANJAU KEHIDUPAN

DUNIA SEMATA-MATA..

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan yang bekerja di Belgium, meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) tengah hari semalam, menjadikannya korban kedua pandemik itu di negara ini, setakat ini.

Lelaki berusia 46 tahun itu dilaporkan mati akibat ‘pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut’ selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, dekat sini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata lelaki itu berada di Malaysia pada 4 Julai lalu dan pada mulanya dia sihat.

“Dia bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai lalu dan mula demam serta batuk.




“Sekembali dari Langkawi, dia mendapatkan rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai. Pemeriksaan X-Ray dada menunjukkan dia mengalami pneumonia,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.


Dr Mohd Ismail berkata, selepas tujuh hari menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital swasta berkenaan, mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia kerana mengalami pelbagai komplikasi dalaman.

“Ujian sampel tekak dibuat pada 22 Julai lalu disahkan positif influenza A(H1N1) oleh Institut Penyelidikan Perubatan pada keesokan harinya.

“Sehubungan dengan kematian itu juga, 18 kontak dikenal pasti dan hanya seorang mengalami simptom tonsilitis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sejumlah 49 kes lagi dikesan di seluruh negara membabitkan kes tempatan. Penambahan berkenaan menjadikan jumlah kes terkumpul sehingga kini 1,124 kes dengan dua kematian dilaporkan.

Daripada 49 kes tempatan yang dilaporkan itu, 29 kes daripada sembilan kluster baru dan tiga belas kes daripada empat kluster sedia ada. Tujuh kes lagi termasuk yang menyebabkan satu kematian adalah kes sporadik atau terpencil.

Kredit : Harian Metro Online

0 comments:

Post a Comment

About me

Merupakan salah seorang tenaga pengajar di Institut Perguruan Malaysia Kampus Keningau Sabah. Salam ukhwah..- Johan@Johanis B. Manggata.
Dibina melalui platform Epi the Legend. Lawati juga alfizari.blogspot.com

Followers